Skip to main content

UCAPAN PENGERUSI lembaga PENGARAH

Alhamdulillah, saya merafa’kan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam telah berjaya menghasilkan Pelan Strategik bagi tempoh lima tahun bermula tahun 2021 hingga tahun 2025 yang dikenali sebagai Dokumen Pelan Strategik Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam 2021-2025.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam atas usaha gigih dan kerja bersepadu dalam mengungkayahkan penerbitan Dokumen ini. Dengan terbitnya Dokumen ini, Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam dapat menggunakannya sebagai panduan dalam merencana hala tuju operasi perniagaannya dengan lebih berkesan dan realistik sehingga mencapai apa yang telah dihasratkan.

Dokumen Pelan Strategik Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam 2021-2025 adalah bersifat dinamik, teratur dan tersusun. Walaubagaimanapun dalam mendepani arus semasa yang mendatang, yang bersifat kompleks dan mencabar serta tidak dijangka, maka adalah penting bagi Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam mengambil langkah proaktif dan berkesan bagi memastikan Dokumen Pelan Strategik ini dapat menepati sasaran semasa dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 2021-2025.


Dalam hal ini, saya percaya warga Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam akan saling berganding-bahu dan memberi komitmen yang berterusan  terutama  dalam konteks pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dan cekap dengan menepati matlamat-matlamat dan sasaran-sasaran KPI (Key Performance Indicator) Perancangan Strategik.

Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam sejak ditubuhkan pada 05hb Julai 1994 telah berjaya melaksanakan berbagai projek terutama di bidang pelaburan dan hartanah. Oleh itu, adalah bersesuaian bagi Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam untuk meneroka bidang-bidang lain yang boleh meningkatkan perkhidmatan dan pendapatannya di tahun-tahun mendatang.

Saya berharap bahawa Dokumen Pelan Strategik Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam 2021-2025 yang julung kalinya disediakan ini akan dapat dilaksanakan oleh setiap warga Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam bagi merealisasikan Visi dan Misi Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam sebagai Badan Pelaburan Harta Majlis Ugama Islam yang Mutafawwiq. Saya berdoa semoga segala usaha murni ini akan membawa pencapaian Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam ke arah yang lebih baik dan berkesan serta dapat dilaksanakan dengan kesungguhan dan mendapat keberkatan serta keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

ahli-ahli lembaga pengarah

yang mulia
awang haji mohd SERUNDIN BIN HAJI TIMBANG

Timbalan Setiausaha Tetap

yang mulia
Dato Seri Setia Dr Awang Haji Japar bin Haji MAt Dain@Maidin

REAL ESTATE AGENT

yang mulia
Dr Awang Haji Dennie bin Haji Abdullah

REAL ESTATE AGENT

yang mulia
Dr Awang Haji Dennie bin Haji Abdullah

REAL ESTATE AGENT

yang mulia 
IR Awang Haji Amer Hisamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria

REAL ESTATE AGENT

yang mulia 
IR Awang Haji Amer Hisamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria

REAL ESTATE AGENT

yang mulia 
IR Awang Haji Amer Hisamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria

REAL ESTATE AGENT

yang mulia 
IR Awang Haji Amer Hisamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria

REAL ESTATE AGENT

yang mulia 
IR Awang Haji Amer Hisamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria

REAL ESTATE AGENT

yang mulia 
IR Awang Haji Amer Hisamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria

REAL ESTATE AGENT